logologologologo
  • HOME
  • ABOUT US
  • LOCATION
  • RESIDENTIAL
    • AVA TOWN SUITES
    • BAHIA- DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE
  • GALLERY
  • LATEST NEWS
  • CONTACT US
  • REGISTER NOW
  • Logo
Living amidst lush surroundings
December 3, 2010

Perbandaran unik tarikan Aman Putri

October 1, 2010
Categories
  • news
Tags
 
1. berita harian 01102010

*Berita Harian, Rabu 1 Disember 2010*

# Perbandaran unik tarikan Aman Putri

*Kediaman, landskap direka arkitek terkenal*

*Oleh Ahmad Fiesal Othman*

[faisal@bharian.com.my](mailto:faisal@bharian.com.my)

PPC Glomac Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Pembinaan Punca Cergas Sdn Bhd dengan Glomac Bhd, akan melancarkan sebuah perbandaran unik di Sungai Buloh, Selangor dikenali sebagai Aman Putri dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM500 juta.

Penasihat Projek Aman Putri, Choong Wei Min, berkata projek itu yang dijangka mengambil masa lima tahun untuk dibangunkan sepenuhnya akan mula dibangunkan akhir tahun ini.

Beliau berkata, Aman Putri yang membabitkan keluasan 67.6 hektar akan dibangunkan dalam tujuh fasa dimulai dengan 178 unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan 20 x 70 kaki persegi berserta luas binaan dari 1,694 kaki persegi.

“Rumah terbabit ditawarkan pada harga bermula RM328,000 untuk unit tengah sebelum potongan Bumiputera,” katanya dalam temu bual di pejabatnya di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PPC Glomac adalah antara syarikat pemaju utama yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Permaisuri di Cheras dan setakat ini sudah menyiapkan lebih 8,000 unit kediaman dan komersial.

Aman Putri direka oleh arkitek landskap terkenal, Malik Lip & Associates, yang memenangi pelbagai anugerah landskap di dalam dan luar negara, manakala reka bentuk rumah dihasilkan oleh NRY Architects yang memenangi Anugerah BCI 10 Terbaik Asia bagi 2009.

Berkonsepkan pembangunan dengan persekitaran yang dikelilingi oleh pokok yang menghijau, Aman Putri yang menyediakan kawasan keselamatan juga membangunkan sebuah Taman Linear yang juga akan dihubungkan ke kawasan perumahan yang dibangunkan menerusi laluan belakang kediaman.

Wei Min berkata, Aman Putri yang menawarkan hartanah berstatus pegangan bebas dan terletak di lokasi strategik di Sungai Buloh akan dibangunkan dengan konsep perbandaran unik yang menggabungkan landskap menarik, kehidupan yang selamat serta menawarkan pelbagai kemudahan dalam satu kawasan.

Beliau berkata, projek itu yang terletak berhampiran dengan cadangan pembangunan perbandaran bernilai RM10 bilion di tanah Institut Penyelidikan Getah Malaysia juga mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Guthrie.

“Aman Putri ini juga dikelilingi beberapa projek hartanah mewah dan berpenduduk ramai seperti Bandar Baru Sungai Buloh, Valencia, Sierramas, Kota Damansara dan Bukit Rahman Putra selain dekat dengan pelbagai kemudahan lain seperti Hospital Sungai Buloh, Kelab Golf Rahman Putra dan stesen MRT Sungai Buloh yang bakal dibina,” katanya.

Related posts

November 4, 2019

Tailored to suit lifestyle of residents


Read more
September 9, 2013

SoVos that target younger investors


Read more
October 17, 2011

Cyberjaya gets first retail development


Read more
Wisma PPC Waze Icon Google Map Icon

Open Weekdays: 9am - 5.30pm
No. 111-3A, Wisma PPC, Jalan Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur.

Facebook Icon Instagram Icon Nido Gardens
PPC Chye Hin Logo

Developer:
PPC Chye Hin Group
Emerald Domain Development Sdn Bhd
199301018521 (273259-M)

Phone Icon Hotline: +6(03) 9173 6877
WhatsApp: +60(12) 268 6825
Email Icon edd.nidogardens2024@gmail.com
© Nido Gardens. All Rights Reserved.
  • Privacy Policy
  • Terms and Conditions